fb fb fb fb fb

Pindaan RUU 355 perlu dilaksana secara teliti - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 15 Julai- Sebarang pindaaan kepada Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) perlu dilaksana secara teliti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua pihak sama ada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, selain pakar undang-undang antarabangsa.

Jelas Anwar, kerangka awal RUU akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Ogos ini.

 "Insya-Allah Ogos ini, kita bentangkan.. namun, berdasarkan perbincangan saya dengan Sultan Perak, sebaiknya diangkat kepada peringkat antarabangsa.. rujuk semula sebelum dirujuk kepada Jabatan peguam negara dan kemudian kepada sidang Majlis Raja-Raja Melayu terutama dalam soal Islam dan adat, kewarganegaraan serta hal-hal tertentu itu.. ia mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Raja-Raja, kata Anwar ketika merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di sini.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM