fb fb fb fb fb

RUU 355 akan dibentang dalam masa terdekat

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KANGAR, 23 April- Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan dibentangkan tidak lama lagi selepas semua proses libat urus dengan semua pemegang taruh dan Majlis Raja-Raja selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya kini dalam proses menyediakan kertas kerja.

"Di peringkat agensi agensi agama di peringkat negeri kita telah buat rundingan dan kita sekarang peringkat untuk sediakan kertas untuk dibawa dalam mensyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI)," katanya selepas Program Penyerahan Program Sinar Lestari YaPEIM peringkat negeri Perlis di sini.

Menerusi program itu juga, YaPEIM telah menyumbangkan RM10 juta melibatkan 240 unit perniagaan di seluruh negara dengan pelbagai jenis bantuan termasuk bengkel, mesin dan pelbagai peralatan perniagaan kepada asnaf.

Dalam perkembangan lain akyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah supaya mematuhi syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi berkaitan tempoh sah visa yang akan tamat tempoh pada 15 Mei depan.

Perkara itu bagi menjaga hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sekali gus memudahkan proses menunaikan ibadah pada masa akan datang.

Mohd Na'im Mokhtar berkata, sehingga kini, pihaknya menerima maklum balas yang baik daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berharap agar rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan mengunakan visa umrah untuk menunaikan haji yang akan melanggar undang-undang yang ditetapkan Arab Saudi.

"Jangan pula kita ambil kesempatan melakukan satu ibadat dengan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh negara dan juga kerajaan Arab Saudi.

"Jadi biarlah kita lakukan sesuatu perbuatan dengan baik biarlah dia sekali dengan kita mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tersebut," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI