fb fb fb fb fb

RUU 355 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini

Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Laporan akhir sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-Undang (RUU) 355 akan dibawa semula ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, setakat ini laporan sesi libat urus tersebut sudah di peringkat akhir dan menunggu masa untuk diserahkan kepada beliau.

"Setakat ini, libat urus yang dilakukan oleh bahagian undang-undang JAKIM telah berjalan.

"Semua
pihak berkepentingan khusus di peringkat negeri-negeri (termasuk) Majlis Agama Islam negeri-negeri, Mahkamah Syariah negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri telah dijemput untuk menghadiri sesi libat urus tersebut.

"Saya difahamkan oleh Datuk Hakimah Mohd Yusoff (iaitu) Ketua Pengarah JAKIM bahawa libat urus itu sudah diperingkat akhir.

"Jadi laporan belum lagi disediakan dan Insya-Allah mereka akan sediakan laporan libat urus itu kepada saya," katanya kepada pemberita pada
sidang media selepas pelancaran Karnival MAIWP 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.


Tambah beliau, satu perbincangan turut akan dilakukan bersama Perdana Menteri berhubung perkara berkenaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA