fb fb fb fb fb

Pindaan Kanun Tatacara Jenayah imbangi, kekang salah guna kuasa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Pindaan Kanun Tatacara Jenayah bagi mengimbangi keperluan operasi dan mengekang penyalahgunaan kuasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, pindaan itu membolehkan Mahkamah Sesyen mengubah atau membatalkan arahan bertulis kepada pihak polis.

"Pegawai penyiasat wajib melaporkan status siasatan kepada pegawai lebih kanan dari semasa ke semasa

"Kuasa sitaan polis yang dicadangkan juga bukanlah mutlak, di mana permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah Sesyen untuk mengubah atau membatalkan apa-apa arahan bertulis oleh pihak polis," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 hari ini.

RUU yang dibahaskan oleh 12 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.

Tambahnya, penyataan akaun juga akan dikawal selia oleh pegawai polis yang lebih kanan.

GRACE AISYAH KEDAYAN