fb fb fb fb fb

Pindaan Akta Lompat Parti, tiada masalah - Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Tiada masalah untuk meminda Akta Lompat Parti  bagi tujuan memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang berkenaan, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut Azalina, beliau bersedia berbuat demikian sekiranya diarahkan oleh kabinet.

"...itu kena bawa ke kabinet, kalau nak buat pindaan pada saya sebagai menteri jaga undang-undang tiada masalah.

"Memang kerja saya datang parlimen buat pindaan undang-undang, untuk buat undang-undang baru tiada masalah sekiranya hendak membuat pindaan," katanya kepada media selepas menghadiri program taklimat bersama Ahli Dewan Rakyat mengenai Rang undang-undang Timbang Tara Pindaan 2024 di Parlimen.

Pada 20 Jun lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi parlimen yang diwakili wakil rakyatnya dikosongkan kerana menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI