fb fb fb fb fb

PHM ayam dan telur : KPDNHEP Johor periksa lebih 4,000 peruncit, pemborong dan peladang

JOHOR BAHRU, 14 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP) Johor, memeriksa 4,037 peruncit, pemborong dan peladang sepanjang tempoh Penentuan Harga Maksimum (PHM) ayam dan telur bermula 5 Februari lalu.

Pengarah negeri, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, 118 kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 dikesan melibatkan kompaun berjumlah RM100,800.

Manakala bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa bermula 26 April hingga 10 Mei, 586 peruncit dan pemborong diperiksa.

18 kes akta sama dikesan, melibatkan kompaun berjumlah RM2,200.

“Kesalahan yang dilakukan mereka yang dikompaun ialah tidak meletakkan tanda harga, menjual lebih harga kawalan dan tidak menggunakan papan tanda harga berwarna merah jambu.” Ujar beliau dalam satu kenyataan.

Media Baharu