fb fb fb fb fb

Pharmaniaga sasar perkukuh kedudukan kewangan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 November- Pharmaniaga Berhad mengumumkan rancangannya untuk meraih dana sehingga RM655 juta untuk memperkukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Pharmaniaga dalam satu kenyataan memaklumkan pengumpulan dana akan dilaksanakan melalui terbitan hak berjumlah RM355 juta dan penempatan persendirian sehingga RM300 juta.

"Ia merupakan sebahagian daripada pelan penyusunan semula syarikat dan langkah penting untuk membolehkannya keluar daripada status Nota Amalan (PN17).

Bagi menyokong strategi berkenaan, pemegang saham utama Pharmaniaga, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) komited untuk melanggan sehingga RM190 juta bagi terbitan hak tersebut," kata kenyataan itu.

Langkah-langkah yang diambil akan meletakkan asas untuk masa depan yang lebih teguh bagi Kumpulan, seterusnya mewujudkan nilai yang lebih baik untuk para pemegang saham.

Menerusi strategi dan Pelan Regularisasi yang akan dikemuka kepada Bursa Malaysia, Pharmaniaga yakin untuk bangkit semula daripada tempoh sukar dengan menyasarkan kedudukan kewangan yang lebih baik.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM