fb fb fb fb fb

Pewartaan rasmi status wilayah bagi Sarawak dan Sabah bakal dibincangkan - Abang Johari

(FOTO HIASAN)

KUCHING, 16 Januari - Pewartaan status rasmi wilayah bagi Sarawak dan Sabah bakal dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak serta Sabah sepatutnya diiktiraf sebagai wilayah seperti yang termaktub dalam perlembagaan dibawah MA63 dan jawatankuasa antara kerajaan ketika pembentukan Malaysia.

(Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg / FOTO FAIL)

"Ini adalah mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan yang telah mengambil kira memasuki MA63 dan IGC, sebenarnya kita wilayah. Sebab itu jawatan Ketua Menteri ditukar kepada Premier," katanya di sini, semalam.

Jumaat lepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung parti itu berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah, bagaimanapun beliau tidak menyatakan sejak bila status berkenaan berkuat kuasa.

Media Baharu