fb fb fb fb fb

Petronas sahkan insiden kebakaran di saluran Paip Gas Sabah-Sarawak

(FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak)

LAWAS, 17 November - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan insiden kebakaran di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) berhampiran KP 132, berdekatan Lawas, Sarawak, semalam.

Syarikat minyak dan gas negara itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejadian dipercayai membabitkan kontraktor pihak ketiga yang melakukan kerja-kerja tidak berkaitan dengan operasi SSGP berhampiran kawasan izin lalu (ROW) saluran paip.

"Laporan polis telah dibuat dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan," jelas kenyataan itu.

Syarikat itu turut memaklumkan, pasukan bertindak kecemasan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Petronas juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitarnya.

Sebelum itu, media melaporkan seorang maut dan dua lagi cedera selepas SSGP Petronas di Long Ugui, Lawas meletup pada kira-kira pukul 2 petang semalam.

Operasi menyelamat diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim bersama 17 orang anggota.

(Siaran media Petronas)

Media Baharu