fb fb fb fb fb

Insentif bantuan pendidikan kepada Labuan

Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif (tengah) / Foto RTM

LABUAN, 15 Jun - Sebanyak 13 insentif bantuan pendidikan diberikan oleh kerajaan negeri Sabah, tahun ini, termasuk di Labuan.

Insentif itu melibatkan pelajar, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan mahasiswa Sabah di dalam dan luar negara.
 
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Hj Mohd Arifin Mohd Arif berkata, manfaat itu boleh dinikmati oleh anak-anak di Labuan, sekali gus membantu memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di Labuan.
 
"Saya akan memperincikan bersama pengarah pendidikan di Labuan bersama dengan pengarah pendidikan di Sabah, bagaimana anak-anak kita di Labuan ini boleh bekerjasama, dan banyak inisiatif disediakan kerajaan negeri.

"Sudah pasti sedikit sebanyak kita boleh mencari jalan bagaimana membantu atau melebarkan bantuan-bantuan ini." katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) merasmikan Persidangan Tahunan Bahagian 2025, PGRS Bahagian Labuan, di sini petang tadi.
 
Pada persidangan itu ditubuhkan enam lagi cawangan baharu menjadikan 28 cawangan kesemuanya, dengan hampir empat ribu ahli PGRS di Labuan.
 
Lebih seribu orang ahli hadir termasuk Ketua Bahagian PGRS Bahagian Labuan, Rosli Awang Damit.
 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ