fb fb fb fb fb

Petronas Chemicals Fertiliser anjur latihan kecemasan kebocoran gas

FOTO APM

GURUN, 30 Julai – Seramai 836 individu terlibat dalam latih amal insiden kebocoran gas ammonia di sekitar reaktor urea Petronas Chemicals Fertiliser Kedah (PCFKSB) sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana kimia, semalam.

Latihan tersebut melibatkan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, penduduk setempat serta pihak sekolah.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, penganjuran latihan berkenaan bertujuan menguji keberkesanan Pelan Tindak Balas Bencana PCFKSB selain mengukuhkan sinergi dan koordinasi antara agensi terlibat.

Latihan hampir 10 jam itu memberi pendedahan langsung kepada pasukan penyelamat dan agensi berkaitan mengenai peranan serta prosedur operasi semasa kecemasan, di samping meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan penduduk.

Bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, latihan dimulakan dengan simulasi insiden kebocoran gas yang menyebabkan beberapa pekerja cedera, sebelum kebocoran merebak ke kawasan kampung dan sekolah berhampiran.

Prosedur bencana turut diaktifkan, termasuk penubuhan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) serta Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri dan daerah, manakala Pusat Pemindahan Sementara di PBS Padang Lembu dibuka untuk menempatkan pelajar sekolah, pekerja PCFK serta industri berdekatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE