KUALA LUMPUR, 12 April- Petronas berminat untuk memperluas potensi aktiviti pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).
Pengurus Besar (Strategi dan Polisi) Kelestarian Korporat, Wan Sayuti Wan Hussin berkata lebih banyak kolaborasi bakal dijalin bersama kerajaan negeri yang berminat.
Usaha tersebut juga selari aspirasi kumpulan digariskan menerusi inisiatif Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 (NZCE 2050).
"Tidak kira di Sabah, Sarawak atau Semenanjung, anda akan mendengar lebih lanjut mengenai projek atau perkongsian daripada bahagian pengurusan karbon perniagaan huluan. Sekarang mungkin kita dah dengar tentang projek Kasawari di Sarawak. Saya fikir pada masa hadapan anda akan mendengar lebih banyak lagi," kata Wan Sayuti kepada media di sini.
Inisiatif rendah karbon huluan Petronas diterajui Bahagian Pengurusan Karbon (CMD) yang ditubuhkan pada 2022.
Projek CCS Kasawari di Bintulu, Sarawak yang mula beroperasi tahun ini merupakan antara projek CCS luar pesisir terbesar di dunia.
(Wan Sayuti berkata Petronas berminat memperluas potensi aktiviti CCS)