fb fb fb fb fb

Pesara ATM terima sumbangan Perdana Menteri

FOTO FB Farhan Fauzi

KUANTAN, 8 September - Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Yusuf Awang, yang kini menghidap masalah saraf kaki, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan berupa bantuan tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Yusuf di kediamannya di Kampung Alor Ladang, Beserah.

Ahmad Farhan berkata, sumbangan berkenaan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan Yusuf yang pernah berkhidmat demi tanah air.

“Pakcik Yusuf diuji dengan masalah saraf kaki yang membataskan pergerakannya saban hari. Namun, di sebalik kelemahan itu, terserlah kekuatan jiwa seorang perwira yang pernah berdiri gagah demi tanah air,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan agar Yusuf dikurniakan kesihatan, ketabahan dan keberkatan hidup, selain menegaskan pengorbanan pesara ATM itu menjadi asas kepada keamanan yang dinikmati rakyat hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE