fb fb fb fb fb

RM35 juta dana tambahan Program K2K, manfaat 50,000 warga PPR

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah)
ketika gimik Majlis Pelancaran Program Kita-Untuk-Kita)

SHAH ALAM, 8 April- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35 juta dana tambahan di bawah Program Kita-Untuk-Kita (K2K). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bakal memberi manfaat kepada seramai 50,000 penghuni perumahan awam di sekitar Lembah Klang.

"Saya telah luluskan peruntukan untuk lif, jadi saya minta dipercepatkan dan diluluskan. Tentunya RM35 juta ini tambahan kerana saya luluskan, tertarik dengan apa yang dilakukan dan saya akan berbincang dengan penduduk.

"Saya akan membantu dalam memasarkan produk yang dipasarkan komuniti tempatan dan dari perkiraan  Kementerian Kewangan bila telah diluluskan akan memanfaatkan 50,000 orang telibat di PPR Lembah Klang Selangor dan Kuala Lumpur", katanya dalam Majlis Pelancaran Program Kita-Untuk-Kita (K2K).

(Perdana Menteri ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran
Program K2K di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26/BERNAMA)

Tambahnya, inisiatif pemerkasaan komuniti perumahan awam berkenaan juga akan diperluas ke peringkat negeri, selain peruntukan juga bakal melibatkan usaha khusus dalam aspek pendidikan.

Program anjuran bersama Think City itu bertujuan memangkin sokongan terhadap komuniti perumahan awam  dan pengurusan bangunan bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan fizikal melalui empat strategi, iaitu pemerkasaan komuniti, pengurusan bersama komuniti, menambahbaik penjanaan pendapatan dan reformasi polisi.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Media Baharu