SEREMBAN, 15 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta bertujuan bagi meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah pada Jumaat.
Antaranya Program Jualan Rahmah dan Program Pasar Rahmah yang akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Program Jualan Rahmah misalnya, menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
Bagi peniaga pasar Azman Mohd Arif yang ditemui RTM berkata, "Program Jualan Rahmah seperti ini sangat bagus sebab harga sayur memang murah, cuma bagi barang asas susah sedikit untuk dapat. Jadi kepada pemborong dan pembekal yang menyorokkan bekalan ini dapat dibanteras."
Sementara itu pekerja swasta Azura Mohamad berpendapat,"jualan seperti itu dapat membantu kita berjimat untuk membeli barangan keperluan harian. Ia memang menjimatkan kos perbelanjaan."
Tidak ketinggalan pelajar Aiman Nasirmuddin berkata, "saya sendiri pun mengawal perbelanjaan untuk meningkatkan kos. Jualan Rahmah ini memberikan peluang kepada kumpulan B40 untuk mendapatkan barangan pada harga berpatutan."
Selain itu, Program Pasar Rahmah turut diteruskan. Ia turut menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani.
(Foto hiasan)