JOHOR BAHRU, 15 Oktober- Kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan projek perumahan di negara ini diklasifikasikan sebagai projek sakit atau terbengkalai oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Timbalan Menteri KPKT Akmal Nasrullah Mohd Nassir berkata, peruntukan RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diperincikan bertujuan menyelamatkan projek-projek terbengkalai.
"Sementara komitmen kementerian juga adalah utuk kita mencari kaedah bagi mengurangkan berlakunya projek-projek sakit pada masa akan datang. Jadi sasaran statistik itu saya cuba untuk kurangkan peratusannya.
"Saya perlu melihat gambaran keseluruhan bagi mengenal pasti kaedah atau jaminan yang boleh diguna pakai. Perkara itu disebabkan untuk memulihkan projek sakit dan terbengkalai memerlukan tumpuan, fokus, masa dan komitmen daripada semua pihak terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Inisiatif Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Sifar Sisa Bersamamu Madani (SSBM) di Dewan Terbuka, PPR Desa Mutiara, di sini.
Setakat ini sebanyak 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara dikenal pasti.
(Akmal Nasrullah Mohd Nassir)