fb fb fb fb fb

Peruntukan RM10 juta bagi air bersih terawat di Kota Tinggi

(Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan 
Datuk Halimah Mohamed Sadique, Exco Kerajaan Negeri, serta Menteri Perpaduan)

KOTA TINGGI, 1 September- Sebanyak RM10 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek tambahan empat juta liter air sehari, bagi air bersih terawat di Kota Tinggi, Johor, dalam masa terdekat.

Projek yang melibatkan kerjasama SAJ Ranhill, dan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) itu dapat menyelesaikan masalah gangguan air dihadapi penduduk, terutama pada musim perayaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, "Kerajaan Negeri turut memohon peruntukan RM40 juta, daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), bagi menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) di kawasan tersebut."

Selain itu, RM140 juta turut diperuntukkan Kementerian Kerja Raya bagi kerja naik taraf Jalan Kota Tinggi–Mersing.

Nasib 199 orang nelayan di kawasan Kota TInggi juga tidak diketepikan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 60,000 sebagai bantuan manakala RM150,000 diperuntukkan bagi Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada 
Program Bersama Rakyat Parlimen Kota Tinggi di Kampung Singapura, Tanjung Sedili)

Beliau turut menambah, "di peringkat Jason Bay, ataupun Teluk Mahkota, akan turut diperuntukkan sebanyak RM2.8 juta untuk tapak rekreasi di kawasan tersebut.

"Tidak cukup dengan itu, di peringkat Tanjung Sedili juga akan turut diperuntukkan sebanyak RM2.9 juta untuk pembangunan gerai di situ, ini peruntukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT)." Ujar beliau ketika ditemui pemberita.

Dalam majlis yang sama turut hadir barisan Exco Kerajaan Negeri, serta Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor berucap demikian semasa Program Bersama Rakyat Parlimen Kota Tinggi di Kampung Singapura, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Media Baharu