fb fb fb fb fb

Peruntukan bernilai RM62 juta untuk pesawah terjejas menerusi subsidi baja dan racun - MAFI

PASIR PUTEH, 23 Januari - RM62 juta diperuntukkan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) kepada pesawah yang terjejas akibat kenaikan harga racun bagi memulakan tanaman musim 1/2022.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata peruntukan tambahan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 300,000 pesawah yang mengusahakan 620,000 hektar kawasan penanaman.

Katanya, peruntukan itu tambahan RM100 bantuan subsidi racun daripada RM200 yang diterima pesawah sebelum ini manakala subsidi baja diteruskan.

"Sebahagian besar daripada dana peruntukan pertanian, kita salurkan untuk bantuan subsidi dan industri penting untuk kita pelihara. Sebagai contoh adalah industri padi beras, jadi daripada segi baja kita tidak kurangkan manakala racun kita tambahkan," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Logo Sambutan 50 Tahun Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 1972-2022 di Ladang Merdeka, Jelor, di sini hari ini.

Datuk Seri Dr Ronald berkata MAFI antara kementerian yang mendapatkan peruntukan tinggi daripada kerajaan pada tahun ini iaitu sebanyak RM4.82 billion.

Sebahagian besar dari peruntukan itu akan digunakan untuk subsidi termasuk subsidi padi beras.

 

Media Baharu