fb fb fb fb fb

Perrmaisuri ziarah Agong di IJN



KUALA LUMPUR, 23 Januari - Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kenderaan yang membawa Permaisuri Agong, dilihat memasuki IJN, di sini kira-kira pukul 2.53 petang

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan berkata, rawatan selama beberapa hari itu adalah susulan rawatan intervensi pada sendi lutut dan buku lali baginda di IJN pada September 2020.

Ahmad Fadil berkata kesihatan Seri Paduka secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan, seterusnya baginda dijadualĀ berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan itu.

Terdahulu pada sebelah pagi,sebuah kenderaan dilihat memasuki perkarangan IJN dan membawa Seri Paduka Baginda keluar dari bangunan berkenaan pada pukul 9.35 pagi sebelum kembali semula pada pukul 2.53 petang.

Media Baharu