fb fb fb fb fb

Perubahan tarif air tidak dilaksana dalam masa terdekat - Nik Nazmi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Sebarang kemungkinan mengenai perubahan tarif air tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara tersebut masih tertakluk kepada mekanisme penetapan tarif oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad)

"Kita sedang memantau dengan rapat kerana ia mempunyai impak kepada pengguna dan kita tidak mahu mereka yang perlu dilindungi ini menjadi mangsa. Kita akan melihat semakan tarif air ini dengan teliti dan ia tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Seperti tarif elektrik, ia hanya akan disemak selepas Pangkalan Data Utama (PADU) bersedia pada hujung tahun ini. Jadi hendak melaksanakan apa-apa kajian semula tarif berkaitan PADU, hanya boleh dibuat pada kitaran seterusnya iaitu tahun depan.

"Begitu juga dengan air, ia tidak akan dibuat dalam beberapa minggu atau bulan ini, akan ambil masa bila kita buat kajian mengenainya. Paling awal mungkin tahun depan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran penjenamaan semula Malakoff Corporation Bhd, di sini.

Semalam, Nik Nazmi mengumumkan bahawa NRECC sedang melaksana cadangan semakan semula tarif air bagi membolehkan kadar baharu memberikan pulangan modal setimpal kos operasi.

Media Baharu