fb fb fb fb fb

Beri masa secukupnya untuk Kerajaan Perpaduan buktikan prestasi - Zahid

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Masa secukupnya perlu diberikan kepada Kerajaan Perpaduan bagi membuktikan prestasi sebenar dalam menguruskan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memberi penekanan mengenai tadbir urus dan tata kelola kewangan yang baik berbanding menyegerakan segala agihan bantuan sekadar meraih sokongan rakyat.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

"Peluang mesti diberikan kepada Kerajaan Perpaduan untuk memperlihatkan prestasinya kerana kerajaan yang baru tujuh bulan ini tidak adil dilemparkan dengan soal prestasi.

"Semua harus tahu bahawa kesan daripada limpahan pengumuman dan dana yang disediakan melalui pembentangan Belanjawan, hanya akan dapat dilihat apabila pelaksanaannya dilakukan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil - Citra Budaya Dan Peradaban Bangsa Malaysia di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas hasil kaji selidik Endeavour-MGC yang mendapati 52 peratus responden Melayu dan 46 peratus responden semua kaum tidak berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan menangani isu inflasi serta kos sara hidup.

Media Baharu