fb fb fb fb fb

10 wanita Selangor terima anugerah khas tokoh ibu

SHAH ALAM, 31 Mei- Seramai 10 wanita di Selangor menerima anugerah khas tokoh ibu sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Selangor 2023.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan menyampaikan anugerah berkenaan.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) Datin Seri Masdiana Muhamad berkata, "mereka ini dipilih berdasarkan keperibadian dan ketokohan dalam membina sahsiah anak sehingga berjaya selain sumbangan yang diberikan kepada masyarakat."

Seramai 340 tokoh ibu dipilih daripada 35 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, 10 daripada mereka akan menerima anugerah khas iaitu Tokoh Ibu Mithali, Ibu Ikon, Ibu Inspirasi dan Ibu inovatif.

Pada majlis itu juga Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan merasmi dan melancarkan Ulang Tahun PEKAWANIS ke-15 di sini.

PEKAWANIS adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf, wanita dan golongan B40 di Selangor.

(Masdiana Muhamad)

Media Baharu