fb fb fb fb fb

Lebih 500 pengunjung hadir pertunjukan layang-layang di Perlis

KUALA PERLIS, 18 September- Lebih 500 pengunjung membanjiri Dataran Kurung Tengar, Kuala Sungai Baru bagi menyaksikan pertunjukan layang-layang moden.

Menurut Pengerusi Penganjur Fun Fly Day, Muhamad Syaiful Abdul Ghani, pertunjukan pelbagai layang-layang moden beraneka bentuk dan saiz itu melibatkan 15 pemain layang-layang daripada Persatuan Pemain Layang-Layang Moden Negeri Perlis.

"Usaha dilaksanakan ini bagi mengetengahkan permainan tradisi masyarakat Melayu tetapi dimodenkan mengikut peredaran semasa selain menyokong usaha kerajaan negeri bagi menarik kehadiran pelancong ke Perlis menerusi keunikan hasil seni budaya masyarakat tempatan.

"Program dianjurkan Persatuan Pemain Layang-Layang Moden dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Joggers Perlis dan Aspirasi Prihatin Malaysia. Ia juga bagi menyokong Tahun Melawat Perlis 2024 dan 2025 nanti," kata Syaiful kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pengerusi Kebajikan Joggers Perlis, Hashimah Ismail memaklumkan, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Pemain Layang-Layang Moden dalam setiap program dilaksanakan dalam melonjakkan keunikan negeri Perlis kepada pelancong.


(Program dianjurkan Persatuan Pemain Layang-Layang Moden dengan kerjasama
Persatuan Kebajikan Joggers Perlis dan Aspirasi Prihatin Malaysia juga
bagi menyokong Tahun Melawat Perlis 2024 dan 2025 nanti)

Media Baharu