PUTRAJAYA, 13 Julai- Permintaan yang tinggi terhadap makanan mendorong kerajaan mengimport makanan mencecah sebanyak RM62 billion setahun.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), selain didorong faktor permintaan pengguna, pertukaran mata wang asing juga menjadi punca nilai import makanan meningkat.
"Lebih daripada RM60 billion. Sebelum ini kira-kira RM48 bilion, bukan sahaja daripada segi kadar pertukaran tetapi juga daripada segi permintaan pengguna Malaysia. Kita perlu mengimport makanan agar tidak menghadapi banyak masalah," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), di sini hari ini.
Tambah Ahmad Zahid, antara makanan diimport termasuklah bawang, gandum dan jagung.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.
(Tambah Ahmad Zahid, antara makanan diimport termasuklah bawang,
gandum dan jagung)