fb fb fb fb fb

Pertimbang naik had siling projek pembangunan Sarawak dan Sabah

KUCHING, 20 Januari - Jumlah had siling RM50 juta bagi projek pembangunan yang diserahkan kepada Sarawak dan Sabah dipertimbangkan untuk dinaikkan sekiranya pelaksanaan projek itu dikendalikan secara berhemah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran bagi kedua-dua negeri kini adalah mempesatkan pelaksanaan projek-projek bawah RM50 juta.

Jelas beliau, rasional kepada kelulusan perkara itu mengambil kira daripada pengalaman sebelum ini yang mana pelaksanaan di peringkat persekutuan dan negeri mengambil masa sehingga ada yang tidak dapat dibelanjakan.

Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa meluluskan projek pembangunan bernilai hingga RM50 juta kepada pentadbiran Sabah dan Sarawak yang akan diseliakan oleh Jabatan Kerja Raya.

Beliau bercakap dalam Sidang Media Khas selepas Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63, di sini.

(FOTO FAIL)

Media Baharu