fb fb fb fb fb

Pertimbang keputusan letak jawatan demi kebaikan parti

(Tangkap layar kenyataan Onn Hafiz Ghazi)

KUALA LUMPUR, 20 November- Desakan agar Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) letak jawatan perlu dipertimbang penyandangnya.

Perkara tersebut penting demi memastikan rakyat kembali percaya kepada parti terbabit.

Penganalisis Politik, Profesor Dr. Azmi Hassan berpandangan setiap tindakan perlu mengambil kira kepentingan akar umbi dan penyatuan parti.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga perlu hormat pandangan disuarakan kepimpinan parti berkenaan perkara itu.

"Untuk memperbetulkan masalah dalam satu organisasi dan termasuk parti politik, orang paling tinggi perlu bertanggunajawab, dan dalam hal ini presiden UMNO.

"Demi memudahkan lagi pembaikan, reformasi, pembetulan dalam UMNO perlu dilakukan supaya sokongan yang diterima sebelum ini dapat dikembalikan kepada UMNO."

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dalam talian bersama RTM.

Ujarnya tindakan tepat dapat membantu parti memperoleh kembali kepercayaan akar umbi dan penyokong.

(Profesor Dr. Azmi Hassan)

Media Baharu