fb fb fb fb fb

Pergaduhan di Dataran Zero berjaya disuraikan polis

(Pergaduhan di Dataran Zero, Sungai Petani)

SUNGAI PETANI, 20 November- Polis berjaya menyuraikan pergaduhan antara dua penyokong parti di Dataran Zero, Sungai Petani.

Ketua Polis Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan dalam kenyataan, berkata tiga pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dikerah untuk menyuraikan pergaduhan itu.

Beliau memaklumkan punca pergaduhan pada pukul 2.50 pagi itu adalah disebabkan kayu bendera parti terkena pada salah seorang penyokong parti lain.

Kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh).

Sebuah Klip video yang tular memaparkan kumpulan penyokong kedua-dua gabungan itu menyerang antara satu sama lain dengan bendera parti, menjurus kepada pergaduhan.


(Tangkap layar video pergaduhan di Sunai Petani)

Media Baharu