fb fb fb fb fb

Banjir di Kedah semakin pulih, jumlah penduduk terjejas menurun

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah semakin berkurangan, berikutan situasi banjir yang semakin pulih / Foto Hiasan

ALOR SETAR, 24 September – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah semakin berkurangan, berikutan situasi banjir yang semakin pulih.

Setakat 8 malam, seramai 4,861 individu masih berlindung di 30 pusat pemindahan sementara (PPS), menurun daripada 5,124 orang yang dicatatkan pada sebelah petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah memaklumkan, Daerah Kota Setar mencatat jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 3,360 orang.

Setakat hari ini, hampir 4,000 laporan berkaitan bencana alam itu telah diterima oleh pihak polis Kedah.

Sementara itu, banjir di Perak dilaporkan pulih sepenuhnya, dengan PPS terakhir di daerah Kerian ditutup pada pukul 2 petang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN