fb fb fb fb fb

Pertemuan bersama pengurusan TBS akan diadakan, bincang kesiapsiagaan urus penumpang - Loke

(FOTO FB MENTERI)

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Satu pertemuan akan diadakan Kementerian Pengangkutan bersama pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi membincangkan mengenai kesiapsiagaan menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam masa terdekat untuk membincangkan cara menambah baik dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter.

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika melakukan tinjauan di Terminal
Bersepadu Selatan, semalam/ FOTO FB MENTERI)

"Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan KVDT1, Landasan Berkembar Lembah Kelang Fasa Satu yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala," kata Loke menerus hantaran di Facebook.

Petang semalam, Loke meninjau perkhidmatan KTM komuter dan keadaan di TBS dengan mengambil tren dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantunya.

Tinjauan itu diadakan susulan banyak maklum balas diterima daripada media sosial berhubung perkhidmatan komuter dan masalah mencetak pas masuk bas di TBS.

Media Baharu