fb fb fb fb fb

Pertandingan Teater Bahasa Melayu serlah bakat, pamer keharmonian masyarakat

Rosnan Abdul Rahman

KUALA LUMPUR , 7 September - Penganjuran Pertandingan Teater Bahasa Melayu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil bukan sahaja menyerlahkan bakat pelajar dalam bidang seni bahkan menjadi medium penting dalam mempamerkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Rosnan Abdul Rahman berkata, aspirasi itu selaras dengan peranan negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

"Walaupun sebahagian besar peserta terdiri daripada pelajar yang agak ketinggalan dalam akademik, penganjuran teater memberi peluang untuk mereka mengasah bakat, meningkatkan keyakinan diri serta berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan bersama rakan-rakan daripada pelbagai kaum,

"Ia bukan sekadar memupuk kecintaan terhadap seni dan bahasa Melayu, malah memperlihatkan kesepaduan masyarakat majmuk yang hidup aman dan harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angakasapuri Kota Media.

Memasuki edisi ke-18, pertandingan itu akan berlangsung pada 13 September depan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Sebanyak 10 buah sekolah terpillih ke peringkat akhir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI