fb fb fb fb fb

Persatuan pengurusan jenazah perlu bekerjasama - Fadillah Yusof

KUCHING, 8 Januari- Persatuan-persatuan pengurusan jenazah di Sarawak dinasihatkan untuk bekerjasama erat dengan pihak hospital bagi memastikan proses pengurusan berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerjasama seumpama itu penting bagi mengelakkan isu-isu yang tidak diingini selain terhindar daripada fitnah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya merujuk kepada beberapa aduan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat persaingan dalam kalangan persatuan tersebut ketika melakukan proses pengurusan jenazah di hospital.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ambulans Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti (AMAL) Kuching.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha persatuan AMAL kerana menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada warga Kuching bagi meringankan beban keluarga.

Ambulans bernilai RM150,000 itu merupakan hasil kutipan dana daripada penderma yang disediakan persatuan AMAL kepada warga Sarawak tanpa mengira kaum dan agama secara percuma.

Perkhidmatan sosial itu bertujuan untuk menghantar dan menjemput pesakit yang terlantar ke hospital tanpa mengira jarak dan lokasi.

(Fadillah Yusof)

Media Baharu