fb fb fb fb fb

Pelajar tercicir: KPM rangka pelan pemulihan

NIBONG TEBAL, 8 Januari- Pelan pemulihan sedang dirangka untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata data dan maklumat mengenai pelajar terlibat sedang dikumpul.

"Memang dalam perhatian kita untuk dapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO. Kalau mereka ada maklumat termasuk dakwaan yang 100,000 pelajar keciciran itu, saya minta mereka datang kepada KPM bawa bersama data tersebut untuk buat intervensi bersama-sama," kata beliau selepas mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian sebagai mengulas saranan sebuah NGO agar KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Kata beliau pihak kementerian sentiasa memandang serius isu keciciran pelajar, malah antara tujuh teras yang dibentangkan sebelum ini ialah isu keciciran pelajar.

(Fadhlina berkata KPM sedang merangka pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah
yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional)

Media Baharu