fb fb fb fb fb

Perolehan 18 pesawat LCA-FLIT, akan diputuskan kabinet secepat mungkin

SUBANG, 10 Januari- Perolehan bagi 18 pesawat tempur ringan LCA-FLIT bagi Tentera Udara Malaysia (TUDM) akan diteruskan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata projek itu telah diluluskan secara dasar dalam kabinet kerajaan terdahulu.

Perkara itu sekali lagi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan secepat mungkin.

"Itu menjadi keutamaan, telah diluluskan secara dasar. Kita akan minta semula supaya jemaah menteri baharu dapat mengabsahkan apa yang telah diluluskan kabinet terdahulu.

“Perolehan pesawat tempur ringan masih kekal 18 dan kalau boleh secepat mungkin, tapi ia perlu melalui proses-proses tertentu,” katanya kepada media selepas melawat Pangkalan Udara Subang, di sini.


(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan)

Perolehan pesawat FLIT-LCA dibuat bagi menggantikan Hawk 108/208 milik TUDM.

Mengenai persiapan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23), beliau berkata Kementerian Pertahanan mengundang enam negara bagi menyertai pertunjukan statik dan udara.

“Dua negara telah mengesahkan untuk terlibat pertunjukan tersebut. Setakat ini, sebanyak 80 peratus pempamer telah mengambil bahagian untuk menyertai LIMA’23 yang merupakan satu pertunjukan udara dan maritim yang terbesar.

LIMA’23 akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini yang akan disertai lebih 600 syarikat pempamer daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa dan dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi.

Media Baharu