fb fb fb fb fb

Permohonan Yayasan Bank Rakyat masih dibuka- Noh

KOTA TINGGI, 3 Mac- Sebanyak RM14 juta diperuntukkan Yayasan Bank Rakyat bagi membantu pelajar daripada keluarga B40 dan kurang berkemampuan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata sebanyak 3,000 permohonan dalam talian telah diterima dan masih dibuka hingga hujung tahun ini.

Ujarnya, permohonan pinjaman boleh ubah pendidikan ini ditawarkan dengan had siling pembiayaan hingga RM30,000 terbuka kepada semua penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Noh berkata kerajaan amat menyokong inisiatif berkenaan bagi menyediakan peluang pendidikan berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau dia mencapai kelulusan yang baik, dia tak perlu bayar jadi ini satu-satunya Yayasan yang memperkenalkan biasiswa ubahsuai ini untuk kita memberikan pertolongan dan sumbangan kepada pelajar," katanya selepas merasmikan Program Prihatin Pendidikan Keluarga Malaysia di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi.

Sementara itu, kementerian itu juga akan segera menyalurkan bantuan RM3,000 bagi membantu usahawan terlibat banjir di Pantai Timur, bulan lalu.


(Tan Sri Noh Omar pada Program Prihatin Pendidikan Keluarga Malaysia di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi)

 

Media Baharu