fb fb fb fb fb

Hari Pendengaran Sedunia: 62 peratus bayi alami masalah pendengaran

SERDANG, 3 Mac- Empat bagi setiap 1000 bayi yang disaring mengalami masalah pendengaran kekal.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata data tersebut berpandukan kepada 62 peratus bayi yang telah menjalani Saringan Pendengaran Universal Neonatal (UNHS).

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk mencapai 90 peratus saringan pendengaran terhadap bayi di negara ini, dalam tempoh tiga tahun

"Ini adalah penting kerana masalah hilang upaya pendengaran dalam kalangan bayi dan kanak-kanak adalah sepertimana yang disebut tadi oleh Dr. Samsah adalah 'Hidden Dissability' dan kegagalan pengesanan awal memberi impak ketara terhadap masa depan mereka," katanya semasa berucap pada perasmian Majlis Hari Pendengaran Sedunia 2022 di Serdang.

Tambah Khairy, KKM telah melaksanakan Program Implan Koklea Kebangsaan sebagai langkah membantu individu yang mengalami masalah pendengaran kekal sejak 2008.

Seramai 537 individu dewasa dan kanak-kanak telah menjalani pembedahan implan koklea di 10 hospital satelit implan koklea KKM.

Untuk rekod, setakat ini terdapat 44 buah hospital Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan Program Saringan Neonatal.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 pula menganggarkan, 7.6 peratus populasi dewasa atau 1.9 juta orang di negara ini mengalami ketidakupayaan pendengaran.


(Khairy Jamaluddin merasmikan  Majlis Hari Pendengaran Sedunia 2022 di Serdang)

 

Media Baharu