fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu catat trend penurunan, bantuan kepada penduduk terjejas banjir diteruskan

KUALA TERENGGANU, 4 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan.

Terbaharu, sehingga 6.00 pagi tadi, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Kuala Nerus telah ditutup sepenuhnya selepas Daerah Kemaman dan Kuala Terengganu ditutup pada petang semalam.

Kini hanya tinggal 2,846 penduduk terjejas ditempatkan di 16 PPS berbanding 5,126 sebelumnya.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan ketika ini hanya dua daerah sahaja di negeri itu masih terkesan.

Di Hulu Terengganu masih merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 2,538penduduk.

Sementara, Daerah Dungun pula masih kekal dengan 308 orang.

Sementara itu, Perdana Menteri semalam mengumumkan berita gembira buat penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.

"Peniaga tidak formal serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas banjir di dua negeri berkenaan bakal dibantu. Turut tidak dipinggirkan golongan petani dan penternak," kata beliau menerusi catatan di Facebooknya semalam.


(FOTO BERNAMA)

Menerusi ciapan itu, beliau turut menyatakan kesedihan serta bersimpati dengan rakyat yang terkesan akibat banjir.

Justeru, dengan semangat Keluarga Malaysia, bantuan kepada mereka akan diteruskan.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukur dengan perkembangan terkini banjir yang kini beransur pulih.

Media Baharu