fb fb fb fb fb

Polis Langkawi berjaya jumpa motosikal hilang, kurang dari empat jam dilaporkan

LANGKAWI, 4 Mac- Polis Daerah Langkawi berjaya menemukan semula sebuah motosikal yang dilaporkan hilang hanya dalam tempoh kurang dari empat jam.

Kenyataan polis memaklumkan dalam kejadian pukul 6.10 petang semalam, anggota Balai Polis Kuah yang sedang melakukan rondaan di kawasan Penarak, Kuah telah menahan seorang wanita tempatan berusia 39 tahun dan merampas sebuah motosikal jenis Y15ZR.


(Motosikal yang dilaporkan hilang adalah jenis Yamaha Y15ZR)

Hasil semakan mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang di Ulu Melaka pada pukul 2.30 petang hari yang sama.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Morphine," menurut kenyataan itu lagi.

Kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu