fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan semakin pulih, penduduk terjejas berkurangan kepada 4,403

PASIR MAS, 4 Mac- Banjir di Kelantan semakin pulih dengan jumlah penduduk terjejas berkurangan.

Setakat pukul 11 pagi, 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif menempatkan 4,403 penduduk terjejas daripada 1,409 keluarga di dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

(Penduduk membersihkan kawasan rumah setelah banjir semakin surut)

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, 3,766 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 11 PPS yang masih beroperasi di Pasir Mas.

Manakala di Tumpat, 637 penduduk terjejas banjir ditempatkan di empat PPS iaitu SK Seri Tumpat 2, SK Pengkalan Kubor 2, SK Bunohan dan SK Kelaboran.

Media Baharu