fb fb fb fb fb

Permaisuri Selangor hadir saksi Hijab Fashion Award 2024

Foto RTM

DAMANSARA, 21 Februari - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan  hadir menyaksikan majlis "Hijab Fashion Award 2024" yang diadakan di One World Hotel di sini.

Mengiringi Tengku Permasiuri Selangor ,isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Majlis itu  diadakan bagi mengiktiraf kejayaan wanita terutama dalam industri  fesyen berhijab.

Baginda Permaisuri kemudiannya turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 13 individu yang cemerlang dan berjaya mencetus revolusi dalam bidang fesyen hijab tanah air. 

Antaranya Noorkumalasari, Datin Vivy Yusof, dan Didiyana Ehsan.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyaksikan peragaan fesyen Runway daripada Koleksi Lebaran 2024 hasil rekaan Leeyanarahman dan pereka tersohor Datuk Radzuan Radziwill.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD