fb fb fb fb fb

Permaisuri Agong zahir penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia

Tunku Azizah bertitah pada Majlis Malam Simfoni Kasih 2023, di Putrajaya

PUTRAJAYA, 28 Disember- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia. 

Ia susulan inisiatif jabatan itu menghidupkan kembali seni Tenun Pahang Diraja yang dianggap krtikal ketika ini. 

Titah baginda, seni tenunan yang dipelajari di penjara menjadi antara medium terbaik buat penghuni mempelajari ilmu baharu; sekali gus menjadi sumber pendapat sekirarnya kembali kepada masyarakat. 

"Sekitar 2004, 2005, bagi Tenun Pahang Diraja tinggal 15 penenun di Pahang. Bagi saya sangat mustahak, kritikal kalau tidak ada sesuatu dibuat maka Tenun Pahang Diraja ini mati begitu sahaja.

"Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara kerana memberi saya harapan. Jabatan Penjara banyak menolong saya menghidupkan kembali Tenun Pahang Diraja yang dah nak mati, sesak nafas,"titah baginda.

Tunku Azizah bertitah pada Majlis Malam Simfoni Kasih 2023, di Putrajaya. 

Turut berangkat ke majlis sama anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah. 

Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan Anugerah Ikon Dedikasi kepada warden penjara, Sarjan Mejar Raja Mohamad Raja Adam. 

Sementara Anugerah Ikon Kasih dikurniakan kepada penghuni penjara, Mohd Rosli Zulkifli yang diwakili Pengarah Penjara Pahang, Datuk Abu Hassan Hussain.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE