fb fb fb fb fb

Perlis laksana 'One Hour Malaysia Clean Up' banteras denggi

(JKN PERLIS)

KANGAR, 5 Ogos- Program 'One Hour Malaysia Clean Up' dilaksana bagi membendung peningkatan kes demam denggi di negeri Perlis.

Sehingga kini 577 kes demam denggi yang telah direkodkan di negeri itu.

Program tersebut memfokuskan aktiviti gotong-royong atau pembersihan persekitaran selama satu jam di kawasan atau lokasi yang berpotensi dengan pembiakan Aedes yang ditetapkan pada setiap bulan.

Menurut Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan, pelaksanaan tersebut merupakan salah satu daripada komponen advokasi dan mobilisasi sosial Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan tahap kebersihan persekitaran.

"Justeru itulah program ini merupakan satu tanggungjawab semua pihak dalam menjaga kebersihan persekitaran yang optimum bagi kesejahteraan kesihatan sejagat yang mana dengan pelaksanaan program ini, keberhasilan atau impak yang diharapkan menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat memperlihatkan peningkatan kadar kitar semula dan penurunan peratus tempat pembiakan nyamuk Aedes sekaligus penurunan kes dan wabak demam denggi,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Perasmian Program One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri di Taman Jali.

Masyarakat diingatkan supaya sentiasa cakna dengan kawasan persekitaran terutamanya tempat tinggal dan sentiasa meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu sekali bagi memastikan tiada bekas-bekas air bertakung yang berpotensi menjadi tempat pembiakkan nyamuk Aedes.


(JKN PERLIS)

Media Baharu