fb fb fb fb fb

Melaka bakal bina taman safari terbesar di Malaysia

AYER KEROH, 5 Ogos- Taman safari berkonsep terbuka bertaraf antarabangsa bakal dibuka di Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin berkata, taman seluas 20 hektar itu adalah yang terbesar di Malaysia.

Ia akan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan serta syarikat swasta.

Menurutnya, dua lokasi sudah dikenal pasti iaitu di Taman Botanikal dan Zoo Melaka.

Pihaknya kini sedang meneliti modul taman safari di beberapa negara lain terutama di indonesia dan Thailand.

"Konsep safari ini seperti yang kita ketahui ia bukanlah haiwan yang berada dalam sangkar atau kandang. Kita akan biarkan ia menjadi konsep haiwan lepas tapi dalam masa yang sama keselamatan pengunjung mesti diambil kira.

"Kalau boleh kita lihat seperti negara Thailand, bagaimana pengunjung boleh berinteraksi dengan gajah dan sebagainya, itu antara konsep yang saya harap kita dapat buat di negeri Melaka ini,"kata Datuk Rais Yasin.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Harimau Sedunia yang diadakan di Zoo Melaka, Ayer Keroh.

Ketika ini, pihaknya sedang diperingkat akhir meneliti kertas cadangan daripada syarikat yang berminat untuk membangunkan taman safari itu.

Beliau menjangkakan pecah tanah projek berkenaan akan dilakukan selewat lewatnya pada Januari 2024.


(Datuk Rais Yasin (TENGAH) pada sambutan Hari Harimau Sedunia yang diadakan di Zoo Melaka)

Media Baharu