fb fb fb fb fb

Kerjasama PH-BN di P.Pinang antara yang terbaik

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Catamaran Cruise pada
Program Hari Terbuka Agro Tourism Tasek Gelugor/BERNAMA)

BUTTERWORTH, 5 Ogos- Kerjasama antara jentera Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang antara yang terbaik dalam negara.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia dilihat bukan hanya dalam tempoh berkempen, namun penglibatan dalam program-program sebelum ini.

Menurutnya, faktor kepimpinan yang baik BN Pulau Pinang menjadi antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut.

Jelas beliau, keserasian antara dua parti itu sangat penting ketika ini kerana ia merupakan 'ujian' pertama selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA)

"Saya perhatikan keserasian itu bukan hanya dalam kalangan pemimpin peringkat nasional dan pemimpin-pemimpin di peringkat kawasan parlimen, tetapi ia telah berakar umbi di peringkat kawasan parlimen atau bahagian di peringkat ADUN dan juga peringkat PDM.

"Ini adalah merupakan acuan yang telah ditetapkan kepimpimpinan BN-PH dalam beberapa Mesyuarat Penyelarasan Majlis Kepimpinan Kerajaan Perpaduan. Tetapi saya berterima kasih kerana ianya turut diterjemahkan di peringkat akar umbi", katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata walaupun hanya enam calon ditempatkan di negeri itu, beliau yakin kesemua mereka merupakan calon terbaik.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Open Day Agrotourism Tasek Gelugor di Jeti Pengkalan Machang, Butterworth.

Media Baharu