fb fb fb fb fb

Perkukuh semangat perpaduan demi kestabilan, kemajuan negara

Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Festival Gombak Madani 2025 sempena Hari Kemerdekaan ke-68.

GOMBAK, 30 Ogos - Semangat perpaduan sedia ada perlu terus diperkukuh demi kestabilan dan kemajuan negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perpaduan tidak boleh dibina berasaskan kemarahan, sebaliknya perlu dibaja dengan rasa saling menghormati, keadilan, persefahaman, keinsanan dan kemanusiaan.

“Hari ini kita berdepan cabaran getir kerana ada sebahagian warga yang gemar mencucuk, memisahkan atau membakar sentimen dikaitkan dengan kaum, sehingga gagal melihat isu dan realiti sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Gombak Madani 2025 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha mempertahankan hak kaum atau komuniti tidak seharusnya dicemari dengan kebencian terhadap kaum lain.

Tanpa perpaduan, adalah mustahil untuk rakyat dan negara melangkah maju ke hadapan.

TUN JULIA MOHD TAHIR