fb fb fb fb fb

Perkhidmatan internet Starlink lebih kompetitif dari segi kos - Fahmi

(Fahmi Fadzil (tengah) ketika merasmikan Pakej Rahmah Pelan Jalur
Lebar Tetap (Home Internet) Allo di Kuala Lumpur/Foto FB Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Perkhidmatan internet satelit Starlink lebih kompetitif dari segi kos, iaitu menerusi aplikasi Broadband Wireless Access (BWA) yang menggunakan teknologi satelit.

Selain menepati keperluan masyarakat di kawasan pedalaman, dengan mengambil kira kemampuan capaian internet yang lebih pantas serta meluas.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil teknologi itu mampu digunakan hampir 100 peranti dalam satu-satu masa.

"Sebenarnya dari segi pengamatan Kementerian Komunikasi dan Digital serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dari segi kesesuaian ia paling sesuai digunakan bagi komuniti yang terpencil di kawasan pedalaman yang langsung tidak ada apa-apa liputan.

"Di situ bila kita teliti konsep 'plug and play', sebenarnya pengusaha internet satelit ini bukan Starlink satu-satunya, ada banyak tetapi dari segi kos kita lihat pada waktu ini yang agak kompetitif kalau nak dibandingkan, Starlink mampu memberi sedikit bantuan dari segi itu," katanya.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil/Foto FB Fahmi Fadzil)

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pakej Rahmah Pelan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) Allo, di sini hari ini.

Media Baharu