fb fb fb fb fb

Notis penutupan jalan di Selangor, bagi kelancaran proses penamaan calon

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Beberapa jalan utama di Selangor akan ditutup sementara pada Sabtu (esok) bagi memberi kelancaran pada hari penamaan calon PRU DUN ke-15.

Polis Kontinjen Selangor memaklumkan, penutupan itu bermula pukul 7.00 pagi dan dijangka selesai pada tengah hari.

Antaranya jalan utama menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak dan jalan utama menghala ke Majlis Perbandaran Selayang.

Bagi kawasan Ampang Jaya, penutupan melibatkan Jalan Pandan Ilmu menuju ke Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah dan sekitar Dewan Dato Ahmad Razali.

Pengguna dinasihat merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan.

(Foto hiasan)

Media Baharu