fb fb fb fb fb

Perkasa Program Jualan Rahmah, kaedah baharu akan diperkenal

(FOTO HIASAN)

KOTA KINABALU, 22 Oktober - Kaedah baharu bagi memperkasa Program Jualan Rahmah akan diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun depan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata penambahbaikan itu bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat manfaat dari program berkenaan.

(Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali)

"Untuk tahun hadapan kita cuba merintis satu kaedah baru yang kita namakan Program Jualan Rahmah di Pasar Rahmah. Ini antara pendekatan menambah baik dan memastikan kebolehcapaian dan keterlihatan program itu dalam kalangan masyarakat," katanya.

Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas Tugas Khas) berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Warisan, Darau, di sini.

Tambah Armizan, komitmen menambah baik inisiatif program itu dapat dilakukan menerusi peruntukan tambahan RM150 juta bagi kementerian berkenaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024, baru-baru ini.

Media Baharu