fb fb fb fb fb

Perjanjian SSA, dimuktamad dalam masa terdekat - Fahmi

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Perjanjian Langganan Saham (SSA) melibatkan Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dengan pembekal spektrum 5G, Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan pihaknya telah selesai melakukan penilaian berhubung beberapa perkara dan sedang menunggu maklum balas pihak MNO untuk tindakan selanjutnya.

"Pada asalnya kita hendak muktamadkan pada Oktober tapi ada sedikit kelewatan. Ada perkara perlu dinilai. Penilaian dah selesai jadi akan dibawa kepada pihak MNO.

Kalau semuanya baik, kita akan muktamadkan dalam masa terdekat," kata Fahmi kepada pemberita dalam sidang media selepas melancarkan pusat pengalaman 5G, My5G Portal di ibu negara.

Langganan ekuiti diperlukan syarikat telekomunikasi mendapatkan perjanjian akses 5G daripada DNB.

Setakat September, liputan kawasan berpenduduk (CoPA) 5G negara mencapai 70.2 peratus.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM