Perjanjian perdagangan timbal balas lindungi eksport semikonduktor Malaysia

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Komitmen Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) langkah strategik untuk memastikan eksport negara kekal kompetitif, khususnya dalam sektor semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) penting untuk menjaga daya saing eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat.
  • Tanpa perjanjian, tarif tinggi 40% berisiko mengalih pelabur dan merencatkan pertumbuhan sektor semikonduktor.
  • Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor utama ke AS tetapi berdepan persaingan daripada negara lain.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, perjanjian itu sekali gus menyokong pertumbuhan berterusan sektor tersebut.

Sekiranya rundingan itu tidak ditandatangani dan tarif dikekalkan pada 40 peratus, pelabur turut dijangka akan mencari pasaran lain yang lebih menguntungkan.

“Dalam konteks semikonduktor, Malaysia adalah pengeksport terbesar ke Amerika Syarikat, tetapi kita bukan satu-satunya, terdapat juga negara lain yang mengeksport produk sama.

“Jika kos eksport kita meningkat akibat tarif tinggi, pelabur berkemungkinan akan memilih syarikat atau negara lain yang lebih kompetitif. Keputusan mereka bukan disebabkan kos pengeluaran, tetapi kerana tarif yang tinggi boleh menjejaskan daya saing kita,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.