fb fb fb fb fb

Perjalanan pelancong dimudahkan bersempena Tahun Melawat Johor 202

Foto Arkib

JOHOR BAHRU, 14 Oktober - Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan kerajaan Johor bagi memudahkan perjalanan pelancong dalam negeri sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu termasuk menaik taraf teknologi di pintu masuk negara menerusi penggunaan kod QR dan pengesanan muka.

Ujar beliau, pembangunan pesat di kawasan bandaraya Johor Bahru tidak akan menjejaskan pergerakan pelancong, memandangkan perkhidmatan bas percuma sedia ada dapat membawa mereka ke destinasi tumpuan.

“Pelbagai infrastruktur pelancongan telah dinaik taraf bagi memastikan pelancong yang datang ke Johor benar-benar merasakan keseronokan untuk melancong. Saya yakin Visit Johor 2026 akan menjadi satu kejayaan.”

Kerajaan negeri turut merancang pelbagai tarikan baharu bagi mencapai sasaran 12 juta pelancong menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan maskot Tahun Melawat Johor 2026, yang menampilkan dua ekor harimau kelahiran Zoo Johor, Cuping dan Jucy sebagai simbol kempen pelancongan berkenaan.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN